Artikel

KKM Umum Dua Kumpulan Umur Yang Paling Tinggi COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat dua kumpulan umur yang paling tinggi menghidapi COVID-19.

“Statistik menunjukkan terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain,” kata Dr. Hisham.

“Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun,” ujar beliau.

Tiada sebab rasmi mengapa isu begini.

Tetapi Dr. Hisham ada menyatakan beberapa sebab mengapa ada kemungkinan dua kumpulan umur ini paling tinggi.

“Mungkin mereka yang keluar beli barang, atau mereka terlibat dalam kumpulan perkhidmatan yang penting. Ada juga sebab mereka berjangkit dari keluarga mereka, dan sebagainya,” tambah beliau.