Artikel

Agong Perkenan Penangguhan Bayaran Emolumen Diraja

Hari ini (31 Mac) KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri telah berkenan supaya Kerajaan Malaysia tidak membayar Emolumen Diraja selama tempoh 6 bulan, bermula Mac hingga Ogos 2020.

Tindakan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pihak Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan ini telah disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato Ahmad Fadil Shamsuddin.