Artikel

Pos Malaysia – Terdapat Gangguan Pada Perkhidmatan Mel Dan Bungkusan Antarabangsa

Menurut kenyataan Pos Malaysia Berhad, bermula semalam (30 Mac) perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa akan digantung buat sementara waktu.

Tindakan ini susulan daripada gangguan perkhidmatan negara terjejas, meliputi pembatalan penerbangan, penutupan lapangan terbang.

Langkah pencegahan ini diambil berikutan untuk menangani penularan wabak COVID-19 bagi destinasi negara terlibat.

Bagaimanapun, negara yang terkecuali adalah China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan UK. Operasi perkhidmatan masih berjalan seperti biasa untuk negara ini.

Selain itu, perkhidmatan Express Mail Service (EMS) masih tersedia menerusi pembekal rangkaian bagi penghantaran untuk destinasi negara berikut:

Untuk maklumat lanjut bagi tempoh gangguan penghantaran ini berakhir, Pos Malaysia akan memaklumkan semula dari semasa ke semasa.