Artikel

Fasa Kedua PKP – Semua Permis Perniagaan Barangan Keperluan Akan Beroperasi Pada Jam 8 Pagi – 8 Malam

Menerusi sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri, Majlis Keselamatan Negara akan memperkenalkan langkah-langkah baru untuk mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan fasa kedua berkuat kuasa mulai 1 April ini.

Ini adalah antara langkah yang dikuatkuasakan:

  • Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Waktu operasi pengangkutan awam kekal 8.00 pagi hingga 8.00 malam
  • Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 8.00 malam
  • PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19
  • PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP
  • PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan
  • Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol
  • Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774
  • Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)
  • Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian
  • Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan
  • Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50