Artikel

Permintaan Tinggi AS, Eropah – Desak Top Glove Tingkatkan Operasi Sehingga 95%

Top Glove Corporation Bhd, pembuat sarung tangan terbesar di dunia, menjangkakan kekurangan produk apabila permintaan dari Eropah dan Amerika Syarikat meningkat disebabkan oleh wabak Covid-19.

Setakat ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Wee Chai – syarikat itu telah memanjangkan tempoh penghantaran bagi menampung permintaan luar. 

Ini berikutan pesanan yang diterima sejak beberapa minggu lalu, terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat, meningkat hampir dua kali ganda daripada kapasiti pengeluaran syarikat.

Mengikut laporan Reuters ini, kemampuan operasi Top Glove, pihaknya boleh menghasilkan 200 juta sarung tangan getah semulajadi dan sintetik sehari.

Seperti yang sedia maklum, kini terdapat 600,000 kes koronavirus di seluruh 202 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan Amerika Syarikat mengatasi China sebagai negara yang paling banyak jangkitan. Eropah terus melaporkan kematian yang paling banyak.

“Kebiasaanya pelanggan luar negara akan  memesan 10 kontena sebulan namun disebabkan pesanan secara panik, permintaan mereka secara tiba-tiba meningkat kepada 20 kontena,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada hari Jumaat bahawa “kekurangan perlindungan kronik global yang kronik” adalah antara ancaman yang paling mendesak untuk usaha pengawalan virus ini.

Lim berkata syarikat itu menambah mesin baharu setiap minggu, dan boleh meningkatkan pengeluaran sebanyak 30 peratus.

Bulan ini, Top Glove meningkatkan operasi kilangnya sebanyak 10 peratus hingga 95 peratus dan menjangka dapat mencapai penggunaan maksimum pada bulan April.

Syarikat kini berusaha untuk mendapatkan kira-kira 1,000 pekerja tambahan bagi meneruskan operasi.

“Kami memerlukan kira-kira 10 peratus pekerja tambahan. Susulan perintah kawalan kini, kami juga tidak dapat membawa pekerja dari Nepal. Jadi kita tidak mempunyai pilihan, kita perlu menggunakan beberapa pekerja tempatan untuk membantu, dalam pembungkusan terutamanya, “katanya.