Setelah pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi dilakukan, Bank Negara Malaysia (BNM) kini tampil dengan beberapa langkah tambahan sokongan kepada PKS dan individu.
Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Kepada PKS Yang Terjejas
BNM telah meningkatkan peruntukan kemudahan pembiayaan sebanyak RM4.0 bilion kepada RM13.1 bilion. Ini bertujuan beri bantuan yang lebih banyak kepada PKS.
- Penambahan peruntukan kepada Kemudahan Bantuan Khas (SRF), daripada RM2 bilion kepada RM5 bilion. Kadar pembiayaan maksimum kini diturunkan daripada 3.75% setahun kepada 3.5% setahun.
- Peruntukan tambahan kepada Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES), daripada RM5.8 bilion kepada RM6.8 bilion. Kadar pembiayaan maksimum dikurangkan daripada 8% setahun kepada 7% setahun.
Sokong Segmen B40 Menerusi iTEKAD
Sebagai permulaan, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akan menjadi bank Islam peserta pertama menerajui program iTEKAD bermula bulan Mei 2020.
Usaha ini akan dijalankan bersama-sama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp). Selain menerima dana untuk memulakan perniagaan, usahawan terpilih juga berpeluang mengikuti latihan keusahawanan dan pengurusan kewangan berstruktur anjuran SME Corp.
Membentuk Langkah Bantuan Kepada Pemegang Polisi, Peserta Takaful Terjejas
Ini adalah langkah yang dibentuk:
- Menangguhkan pembayaran premium insurans hayat dan sumbangan untuk takaful keluarga
- Memberikan fleksibiliti untuk menghidupkan semula atau mengekalkan perlindungan insurans hayat dan takaful keluarga
- Fleksibiliti untuk membayar premium insurans am dan sumbangan takaful am
- Mempercepat proses tuntutan berkaitan COVID-19
- Langkah-Langkah Pengawalan dan Penyeliaan Tambahan