Artikel

Harga Minyak RON95 Turun 6 Sen – Kini RM1.38 Seliter

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pihak kementerian telah menurunkan harga runcit produk petroleum bermula esok, 28 Mac 2020 sehingga 3 April 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 6 sen seliter iaitu RM1.38 seliter. Manakala harga RON97 turun sebanyak 6 sen seliter dengan RM1.68 seliter dan Diesel pula turun 7 sen seliter dengan RM1.68 sen.

Susulan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini telah dipengaruhi oleh penularan Covid-19 turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya PKS dan golongan B40.