Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah umum pakej rangsangan ekonomi yang menyeluruh.
Tetapi dalam ucapannya yang berlansung sekitar 45 minit, beliau meluangkan masa dalam menjelaskan ke mana wang itu akan dibelanjakan, dan tidak begitu banyak masa diluangkan terhadap dari mana wang ini akan dijanakan.
Namun demikian, Tan Sri Muhyiddin menyebut antara sumber pendapatan RM250 bilion ini.
“Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi,” kata beliau.
“Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan.
“Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangka masa panjang.
“Selain itu, saya juga telah mengarahkan semua Kementerian mengkaji semula belanjawan masing-masing untuk mencari penjimatan agar ianya dapat digunakan untuk menampung langkah-langkah jangka sederhana bagi menangani wabak virus ini.
“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan melalui Unit LAKSANA untuk memastikan pakej PRIHATIN bernilai RM250 billion ini sampai kepada saudara dan saudari semua dengan cepat,” kata beliau lagi.