Bank Negara Akan Ambil Pendekatan Baharu, Pastikan Laporan Mereka “Mesra Rakyat”

·

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menerbitkan tiga laporan pada 3 April ini.

Tiga laporan itu adalah Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019 (Annual Report 2019, AR 2019), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 (Economic and Monetary Review, EMR 2019) dan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 (Financial Stability Report Second Half 2019, FSR 2H 2019).

Menurut BNM, mereka akan mengambil langkah baru untuk tahun ini.

Penerbitan AR 2019 bertujuan untuk memastikan orang ramai boleh mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi BNM.

Menurut BNM, pendekatan ini sama dengan bank pusat negara lain, untuk sediakan laporan yang lebih mesra rakyat.

EMR 2019 merupakan penerbitan yang lebih bersifat teknikal dan menumpukan pada penilaian dan unjuran Bank mengenai keadaan dan perkembangan ekonomi.

FSR 2H 2019 yang diterbitkan dua kali setahun, juga merupakan penerbitan yang teknikal dan mengandungi penilaian terperinci Bank mengenai risiko terhadap kestabilan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *