Artikel

Jumlah Kes Kematian Kini 24 – DG Noor Hisham

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

Sumber laporan ini adalah dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

  • Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.