Susulan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin lalu, memohon perkhidmatan daripada pesara doktor dan jururawat untuk membantu pasukan barisan hadapan.
Hampir 3,000 pesara petugas perubatan itu menyatakan kesanggupan mereka.
Kini seramai lebih 1,000 pesara doktor dan jururawat telah kembali berkhidmat semula di hospital KKM, bermula minggu ini.
Mereka akan berkhidmat sebagai barisan hadapan untuk membantu menangani jangkitan COVID-19.
Rata-rata petugas tersebut ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, memandangkan ia adalah hospital utama COVID-19. Kemasukan berperingkat ini dijangka akan meningkat kelak.
Menurut Ketua Pegarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, penempatan petugas-petugas ini juga akan dilihat berdasarkan kemahiran dan pengalaman masing-masing, sama ada pengalaman di wad hospital mahupun Unit Rawatan Rapi (ICU).