Artikel

Kabinet Potong Gaji Dua Bulan, Disalurkan Ke Tabung COVID-19

Menurut perbincangan Mesyuarat Kabinet (25 Mac), telah memutuskan 2 bulan gaji jemaah menteri merangkumi YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong, disalurkan ke Tabung COVID-19.

Setakat ini, jumlah terkumpul Tabung COVID-19 adalah RM8,493,103.48.

Tabung COVID-19 ini telah dilancarkan pada 11 Mac lalu, sebagai tanda usaha kerajaan membantu rakyat menangani isu penularan wabak virus ini.

Menerusi pemotongan gaji Jemaah Menteri ini secara tidak langsung memberikan cerminan kesungguhan pentadbiran negara dalam menyalurkan bantuan.