7 Di Istana Negara Disahkan Positif Covid-19

·

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa tujuh (7) petugas Istana Negara positif Covid-19.

Kakitangan tersebut kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak selasa (24 Mac) lalu, kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Turut difahamkan Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menjalani proses saringan dan disahkan negatif Covid-19.

Seri Paduka Baginda Berdua kini sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari.

Baginda telah dinasihatkan supaya tidak mengadakan sebarang pertemuan bersama individu lain sehingga isu pandemik ini pulih.

Susulan itu, Istana Negara telah melaksanakan kaedah terperinci untuk mengenalpasti semua kontak rapat dan petugas berhubung dengan tujuh individu ini.

Kesemua kontak rapat telah diarahkan menjalani ujian saringan jangkitan Covid-19 dan perlu dikuarantin selama 14 hari bermula semalam.

Pihak Istana juga telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *