Artikel

LHDN Umum Pemotongan Cukai Kepada Penderma Covid-19

Penderma bantuan COVID-19 melalui institusi yang bertauliah akan mendapat pemotongan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Insentif ini diberikan atas sokongan bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menghargai niat murni rakyat.

Antara insentif yang disediakan bi bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh Kerajaan untuk:

  • Tabung Covid-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia), sumbangan – tunai dan barangan
  • Tabung Covid-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri), sumbangan – tunai sahaja
  • Derma kepada institusi/ organisasi yang diluluskan dibawah subsekyen 44(6) ACP 1967

Pembayar cukai yang menderma dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan sila pastikan resit/dokumen disimpan dengan rapi agar ia boleh dibuat rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 dan semakan oleh LHDNM.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan pada HASiL Live Chat, media sosial rasmi LHDN dan portal rasmi LHDN https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my