Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham (26 Mac) bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.
Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.
Buat masa ini, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.
Maklumat lanjut akan dikemaskini semula.