DG Noor Hisham – Jumlah Kes Kematian Kini 21

·

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

Sumber laporan ini adalah dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

  • Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *