Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.
Sumber laporan ini adalah dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.
- Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.