Artikel

Axiata, Celcom dan Boost Lancar Program, 150 Ribu PKS Mikro Disasar

Axiata, Celcom, dan Boost hari ini (25 Mac) mengumumkan pelancaran Program Bantuan Covid-19 dengan dana tunai RM150 juta bagi memberikan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.

Antara sumbangan awal yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan dengan jumlah dana RM20 juta.

Program Bantuan COVID-19 ini merupakan intervensi secara langsung dan segera oleh Axiata untuk memberi bantuan segera kepada PKS Mikro yang mengalami kesulitan kewangan akibat pandemik COVID-19 yang tidak dijangka dan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihaknya menyasarkan PKS Mikro adalah sebabkan lebih daripada 50% PKS di Malaysia tergolong dalam B40. Selain itu, simpanan dan aliran tunai yang minimum menyukarkan kumpulan ini untuk kekal kukuh sewaktu tempoh PKP.

Oleh itu, Axiata akan menawarkan pinjaman mikro patuh shariah melalui subsidiarinya, Axiata Digital – dengan jumlah RM1,000 sehingga RM10,000.

Menerusi program bantuan ini juga dijangka mampu memberi faedah kepada kira-kira 150,000 PKS Mikro yang berada dalam ekosistem Boost, Aspirasi, dan Celcom, serta ekosistem lain meliputi rakan e-dagang dan barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga syarikat telekomunikasi dan dompet digital yang lain.

Pembiayaan yang ditawarkan melalui program tersebut termasuk penangguhan pembayaran balik serta kadar keuntungan yang lebih rendah.

Program Bantuan COVID-19 Axiata juga disertakan dengan perlindungan insurans mikro di bawah Aspirasi untuk melindungi pemilik dan peniaga dengan pendapatan kecemasan, kematian akibat kemalangan dan bantuan COVID-19.

Bagi maklumat lanjut berkenaan program tersebut, sila layari www.aspirasi.co.