Artikel

DG Noor Hisham – Jumlah Kes Kematian Kini 19

TERKINI: 172 kes baru dilaporkan menjadikan 1,796 kes seluruhan termasuk 199 yang telah sembuh.

Buat masa ini 45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan.

Daripada 172 kes baru, 71 dari kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang dalam siasatan.

Jumlah kematian akibat #COVIDー19 di Malaysia setakat ini ialah 19 orang.

Manakala, 16 lagi pesakit #COVIDー19 telah sembuh dan dicaj hospital.

Ini menjadikan 199 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, setakat ini.

Tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada pasukan perubatan KKM.