Artikel

PM Muhyiddin Umum Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Susulan pengumuman sidang media Perutusan Khas Covid-19 yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PErintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini.

Menurut kenyataannya, tempoh pelanjutan ini diumumkan lebih awal kepada rakyat Malaysia supaya semua pihak bersedia menghadapinya.

Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.

Please stay calm and don’t panic.

Tempoh penguatkuasaan ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat keperluan PM Muhyiddin akan membuat pengumuman mengenainya.