Tiada Sekatan Pada Aktiviti Rantaian Bekalan Makanan, E-Dagang – KPDNHEP

·

Menurut kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Alexander Nanta Linggi – tiada sebarang sekatan dalam aktiviti rantaian bekalan, pemasaran makanan dan e-dagang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan.

Bagi menjawab segala persoalan dan kegusaran rakyat. Pihaknya telah tampil dengan beberapa perincian pemahaman:

  • Aktiviti pembekalan makanan dan e-dagang yang merangkumi pengeluaran bahan makanan/peruncitan/pembungkusan/pengedaran/pemborongan/ pusat pengedaran – Distribution Centre serta pengeluar bahan mentah adalah dibenarkan untuk terus beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran serta e-dagang bagi pembekalan bahan makanan dan barang keperluan (essential) turut dibenarkan untuk terus beroperasi. Syarikat-syarikat yang menyokong rantaian bekalan makanan dan ditakrifkan sebagai industri hiliran/sokongan adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan jumlah pekerja pada tahap minima dan mematuhi langkah-langkah pengawalan Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Kebenaran beroperasi adalah selaras dengan takrif sektor yang kritikal (essential sector) seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam perutusan beliau pada 21 Mac 2020.

Pihak industri juga diingatkan agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan COVID19 semasa aktiviti urusniaga berjalan.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah memastikan hanya pekerja bebas-gejala dibenarkan memasuki premis pekerjaan, amalkan penjarakkan sosial, pencucian tangan yang kerap (minima 20 saat) serta amalan-amalan lain seperti garis panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa lain.

Syarikat yang dibenarkan beroperasi turut diarahkan untuk beroperasi pada kadar paling minimum atau menutup perkhidmatan non-essential.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap syarikat yang telah diberi kebenaran mematuhi arahan dan mengambil tindakan sewajarnya. Majikan juga perlu menyediakan surat pengesahan kepada setiap pekerja untuk rujukan kepada anggota penguatkuasa apabila diminta.

Oleh itu, pihaknya menasihati rakyat untuk tidak panik. Bagi sebarang makluman lanjut boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di 03-8882 5881/5905 atau emel [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *