Indeks penanda aras FBM KLCI telah melonjak 42.24 mata, atau +3.27%.
KLCI didagang 1,333.68 mata pada pagi 25 Mac, setakat 9.30 pagi.
596 kaunter untung, 55 kaunter rugi, manakala 128 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,238 kaunter tidak didagang.
Sebagai perbandingan, indeks-indeks saham di beberapa pasaran dunia juga telah melonjak.
Di AS, indeks Dow Jones telah meningkat lebih 11.37% atau 2,112 mata kepada 20,704 mata. Sebuah peningkatan tertinggi dalam tempoh 80 tahun.
Pasaran Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, dan Singapura menunjukkan peningkatan indeks penanda aras masing-masing.