Artikel

JPM, MOF, BNM – Bersetuju Seluruh Bank Tempatan Tawar Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula 1 April ini – bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan warga PKS.

Tindakan ini sekaligus memberi manfaat dengan jumlah RM100 bilion.

Ini adalah susulan daripada perbincangan JPM bersama Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk makluman, seluruh sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula penjadualan pembayaran balik mengikut kesesuaian situasi syarikat mereka.

Ini penting untuk membolehkan syarikat di sektor korporat terus kukuh bagi meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.

Selain itu,kepada pemegang kad kredit yang menghadapi masalah pembayaran, peminjam dibenarkan untuk menukarkan baki kad kredit kepada pinjaman berjangka panjang.

Pembayaran balik kad kredit tersebut dapat dimanfaatkan oleh peminjam bermula 1 April hingga 31 Disember 2020.