Artikel

Jumlah Kes Kematian Kini 16 -DG Noor Hisham

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

Sumber laporan ini adalah dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.

  • Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 kes.