Penangguhan Pembayaran Semula Pinjaman Sehingga Enam Bulan – BNM

·

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (24 Mac) umum individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk perjanjian gadai dan sewa beli bagi tempoh enam bulan.

Pemberian moratorium ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2020.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif BNM untuk membantu peminjam yang kini sedang mengalami kekangan kewangan disebabkan wabak Covid-19.

Manakala, bagi baki kad kredit yang masih belum dijelaskan, BNM mengatakan pihak pelanggan turut ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak tersebut kepada pinjaman untuk tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *