Artikel

Jumlah Kes Kematian Kini 15 – DG Noor Hisham

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.

Sumber laporan ini adalah dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM.

  • Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.