Artikel

Gardenia Gesa Orang Ramai Beli Ikut Keperluan, Jamin Penghantaran

Gardenia memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat pembekal roti itu akan terus menghasilkan dan menghantar roti serta produk-produk lain, tujuh hari seminggu, termasuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan.

“Penghantaran harian ke pasar raya dan kedai-kedai lain akan diteruskan seperti biasa,” kata Gardenia.

“Kami menggesa semua pengguna untuk bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian. Gardenia sentiasa bersama anda, dan kami ingin meyakinkan anda bahawa Gardenia sedang melakukan yang terbaik, bekerja 24/7, untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna sekalian,” kata mereka lagi.

Syarikat itu menasihati orang ramai untuk terus bertenang. Serta mengajukan sebarang pertanyaan kepada mereka melalui e-mel di [email protected]