Syarikat penerbangan Airbus mengumumkan pihaknya akan membatalkan pembayaran dividen yang dirancang bagi tahun 2019 dan ketepikan ramalan 2020 mereka.
Tindakan ini kerana ketidaktentuan ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik koronavirus (Covid-19).
Pada tahun 2019, Airbus memiliki tenaga kerja global seramai 135,000 dengan menjana pendapatan sekitar 70 bilion euro.
Menurut Ketua Eksekutif Airbus, Guilaume Faury – Airbus telah menarik balik segala strategi yang telah ditetapkan bagi tahun 2020 disebabkan situasi kini.
Sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan kecairan, Airbus juga menarik balik cadangan dividen 2019 sebanyak € 1.80 per saham dengan nilai tunai keseluruhan kira-kira 1.4 bilion euro (AS$1.5 bilion).
Keutamaan mereka adalah melindungi semua pihak, di samping menyokong usaha global untuk mengekang penyebaran Covid-19.
Bagi memastikan kestabilan kewangan Airbus, lembaga pengarah telah bersetuju untuk mendapatkan kemudahan kredit baru berjumlah 15 bilion euro selain daripada kemudahan kredit pusingan 3.0 bilion euro yang sedia ada.
Dengan keputusan ini, Airbus akan mempunyai kecairan yang signifikan untuk mengatasi keperluan tunai tambahan yang berkaitan dengan Covid-19.
Nilai kecairan pada ketika ini adalah berjumlah kira-kira 30 bilion euro.
Airbus berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan kesinambungan perniagaan meskipun pihaknya berada dalam krisis berlarutan.
Turut difahamkan, Airbus akan mengadakan mesyuarat pemegang saham tahunannya di Amsterdam pada 16 April ini. Perbincangan tersebut akan dilakukan secara atas talian.