Maybank hari ini mengumumkan mereka akan menutup beberapa cawangan, selain mengubah waktu operasi untuk sejumlah cawangan yang dibuka dari 9.30 pagi ke 2 petang, bermula 24 Mac ini sehingga 31 Mac 2020 akan datang.
Langkah ini diambil dalam usaha mengurangkan risiko kesihatan dikalangan pengguna dan juga pekerja Maybank sendiri.
Selari dengannya, Maybank mengalakkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan atas-talian Maybank2U untuk pelbagai urusan harian anda. Bagi anda yang ingin ke cawangan Maybank, mungkin boleh menyemak senarai yang disediakan Maybank untuk melihat cawangan yang terus beroperasi dalam waktu terhad ini sepanjang tempoh PKP ini.
Selected branches will be closed while operating hours are revised to 9:30am to 2:00pm, 24 Mar to 31 Mar 2020, to limit possible health risk to our customers and employees. Info: https://t.co/vZaSkM0Srh
— Maybank (@MyMaybank) March 23, 2020