Ini Adalah Soalan Lazim Berkenaan Pengeluaran i-Lestari KWSP

·

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media – pihaknya telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari akan diberi kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perihal ini bagi membantu rakyat untuk meringankan bebanan mereka sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini adalah soalan lazim yang perlu pembaca ketahui:

Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari?

  • Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020

Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

  • Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) – ini tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
  • Bayaran bermula dari bulan permohonan ditrima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 sehingga bulan Mac 2021
  • Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

  • Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun)
  • Secara e-mel kepada [email protected]
  • Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)

**Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja, dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli

Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Memiliki baki simpanan di dalam Akaun 2
  • Bukan warganegara Malaysia (Fasa 2)

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?

  • Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk mringkan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
  • Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah ang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan berkenaan.

Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

  • Kekerapan bayaran Pengeluarani-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memnuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

  • Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu kelangsungan hidup rakyat
  • Kerajaan akan terus memantau bagi meilhat keperluan rakyat dari semasa ke semasa sebelum tempoh tersebut berakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *