Artikel

Waktu Operasi Prasarana Terkini Sepanjang PKP

Berikutan, Kerajaan telah menetapkan tempoh had masa perkhidmatan kenderaan awam dalam Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – akan melaksanakan secara terhad perkhidmatan untuk perkhidmatan pengangkutan awamnya bermula esok hingga 31 Mac 2020.

Semua perkhidmatan tren Rapid KL yang meliputi perkhidmatan LRT, MRT dan monorel akan beroperasi hanya dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi sebelum berhenti, dan bersambung semula dari 5.00 petang hingga 10.00 malam di bawah jadual berikut.

Isnin hingga Jumaat:
• 6.00 pagi – 7.00 pagi: Kekerapan 30 minit
• 7.00 pagi – 9.00 pagi: Kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 9.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 malam – 7.00 malam: kekerapan 10 minit (jam puncak)
• 7.00 malam – 10.00 malam: kekerapan 30 minit

Sabtu, Ahad dan hari cuti umum:
• 6.00 pagi – 10.00 pagi: kekerapan 30 minit
• 5.00 petang – 10.00 petang: kekerapan 30 minit

Pengguna juga diingatkan bahawa tidak akan ada perkhidmatan di antara 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tren terakhir akan menamatkan perkhidmatan pada 10.00 malam, dan semua stesen akan ditutup.

Manakala, Feri Pulau Pinang, yang turut dikendalikan oleh Rapid Feri juga akan mengendalikan satu sesi feri bagi setiap jam antara 6.00 pagi hingga 10.00 pagi; dan antara pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Prasarana menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka dengan baik atau mencari pengangkutan alternatif lain.