Artikel

Maybank Beri Sumbangan RM4 Juta – Tabung Pandemik Covid-19 MERCY

Maybank hari ini (23 Mac) mengumumkan sumbangan sebanyak RM4 juta melalui Tabung Pandemik Covid-19 MERCY Malaysia sebagai sokongan kepada Pelan Persediaan Strategik dan Respons MERCY.

Sumbangan ini akan memastikan bantuan segera disediakan dan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh barisan hadapan serta  sukarelawan.

Antara sumbangan yan diberikan adalah:

  • Bekalan 4,000 set perlindungan peribadi (PPE) tahap 2 bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan dan nutrisi
  • Bekalan 2,000 set PPE tahap 1 bagi memastikan kesinambungan sokongan kesihatan untuk komuniti
  • Bekalan 30,000 sarung tangan pakai buang
  • Bantuan penemptan 100 anggota pekerja kesihatan barisan hadapan bagi tempoh 2 minggu
  • Bekalan kit penting merangkumi 2,000 botol pembasmi kuman, 5,000 sabun tangan, 200 termometer tanpa sentuh, 1,000 ubat gigi dan berus gigi dan 1,000 tuala tangan.
  • Bekalan 2,500 set pakaian komuniti yang paling terpinggir
  • Pembinaan 500 tempat membasuh tangan disasarkan pada komuniti paling terpinggir
  • Pengeluaran dan pengedaran 30,000 kit makulmat pendidikan berkenaan risiko Covid-19
  • Sokongan latihan kepada pengurangan risiko epidemik/pandemik untuk 10,00 keluarga daripada masyarakat terpinggir.

Bagi orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan, boleh layari pada laman rasmi www.mercy.org.my/donate/.