Pergerakan orang ramai dari negeri ke negeri atau dari daerah ke daerah lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Pihak PDRM akan terus menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ini, kecuali mereka yang berkerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services), kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga terdekat dan kes perubatan.
Bagi pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services), Ketua Setiausaha- Ketua Setiausaha Kementerian akan mengeluarkan suratkebenaran untuk kegunaan penjawat awam yang perlu berkhidmat.
Manakala, pihak swasta pula, surat kebenaran perlu dikeluarkan oleh pihak majikan. Majikan sektor swasta diminta mengemukakan senarai nama pekerja ke Balai Polis berhampiran.
Tindakan ini bagi memudahkan dan membantu PDRM melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berkesan.