Susulan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan.
Antara yang diumumkan adalah penurunan harga siling bagi topeng muka.
Mesyuarat bersetuju untuk menurunkan harga siling topeng muka di bawah RM 2.00.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diarahkan untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera.