Artikel

Operasi Pengangkutan Awam Ditetapkan Pada Jam 6 Pagi-10 Pagi, 5 Petang Hingga 10 Malam

Berikutan sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan memutuskan had masa bagi perkhidmatan kenderaan awam.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri – perkhidmatan kenderaan awam hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.

Jangka masa ini ditetapkan supaya pekerja-pekerja di perkhidmatan keperluan dapat berulang-alik dari tempat kerja dan juga bagi orang awam membeli barang keperluan di pasar dan pasar raya.

Perkhidmatan E-hailing atau seru-pandu kereta dan Teksi dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun Kerajaan ingin menegaskan bahawa penjarakan sosial (social distancing) perlu dipatuhi sepanjang masa.