Artikel

Pencarum KWSP Kini Boleh Melakukan Pengeluaran i-Lestari, RM500 Sebulan

Berikutan sidang media Perutusan Covid-19 yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin – pihaknya telah tampil dengan beberapa inisiatif tambahan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bagi membantu rakyat menangani wabak virus tersebut.

Antara inisiatif yang menarik perhatian adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari diberi bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 ribu.

Menurut PM Muhyiddin kemudahan ini merangkumi semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Malah, turut difahamkan inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Untuk makluman pembaca, permohonan boleh dibuat bermula  April 2020 ini.