YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (23 Mac) telah tampil mengadakan satu sidang media Perutusan Khas Covid-19.
PM pada sidang media telah menyatakan – Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah tampil dengan inisiatif-inistiatif utama bagi membantu bebanan rakyat.
Pertama, kemudahan pengeluaran i-Lestari diberi bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 ribu.
Kedua, Kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membiayai keperluan perubatan bagi saringan Covid-19
Kerajaan turut memperuntukan RM100 juta kepada KKM bagi pelantikan baharu kakitangan perubatan secara kontrak.
Ketiga, Kerajaan bersetuju menyaurkan RM130 juta kepada kerajaan negeri bagi menangani penularan Covid-19 – khusus kepada keperluan rakyat negeri.
Keempat, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.
Penangguhan ini berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.
Malah, menurut PM Muhyiddin pihaknya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat pada 30 Mac ini.
Buat masa ini, tiada sebarang makluman bagi lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Segala maklumat akan dimaklumkan semula.