Artikel

Institut Sosial Malaysia Kini Diwartakan Sebagai Antara Pusat Kuarantin Covid-19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (21 Mac) telah menyatakan bahawa Institut Latihan Awam iaitu Institut Sosial Malaysia (ISM) telah diwartakan sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi operasi Covid-19.

ISM telah siap sedia untuk menerima kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang terdiri daripada para pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling.

Kumpulan ini yang melibatkan pelajar berumur di antara 15 hingga 30 tahun telah melalui proses saringan (screening) awal dan perlu diasingkan serta dipantau tahap kesihatan mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kumpulan pertama pelajar ini dijangka tiba pada tengah hari ini.

Seramai 80 orang petugas daripada pelbagai agensi telah dikenal pasti untuk ditempatkan di stesen ini termasuk 25 orang petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ISM.