Artikel

IOC Mengakui Berkemungkinan Besar Sukan Olimpik Tokyo 2020 Ditangguhkan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerusi kenyataannya semalam (22 Mac) mengakui bahawa kemungkinan besar acara Olimpik Tokyo 2020 itu perlu ditangguhkan.

Kenyataan ini berikutan melihat pada kadar peningkatan drastik angka kes postif Covid-19 di seluruh dunia.

Setakat semalam, lebih daripada 300,000 kes dilaporkan di seluruh dunia, lebih daripada 14,000 kes kematian dicatatkan. Malah, banyak kerajaan negara telah mula mengisytiharkan perintah berkurung serta kawalan kepada rakyat mereka.

Menurut IOC, pembatalan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini tidak akan menyelesaikan sebarang masalah atau membantu mana-mana pihak.

Oleh itu, pihaknya telah meminta kerjasama daripada jawatankuasa penganjur Tokyo untuk senarai kontrak saham utama, penaja jenama serta pihak kepentingan yang terlibat dalam acara ini.

Perihal ini, supaya IOC dapat memperincikan semua keadaan yang rumit dan melakukan perancangan bagi langkah-langkah khusus untuk menyelesaikan senario pada ketika ini.

Bagi IOC, kesihatan dan kesejahteraan mental atlet adalah antara keutamaan mereka yang paling tinggi.

Acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini dijadualkan bakal membawa lebih 15,000 atlet dari seluruh dunia. Namun, laporan susulan akan dikemaskini semula bagi keputusan menyeluruh.