Artikel

Emirates Akan Menangguhkan Operasi Penerbangan Penumpang Bermula 25 Mac

Emirates merupakan salah satu syarikat penerbangan popular berpusat di Dubai. Hari ini, mereka telah mengumumkan Emirates akan menangguhkan operasi penerbangan penumpang bermula 25 Mac 2020 ini.

Langkah ini adalah selari dengan penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan serius dalam permintaan industri penerbangan. Penerbangan kargo akan beroperasi seperti biasa buat masa ini.

Emirates juga turut mengatakan mereka akan mengambil beberapa langkah dalam memastikan syarikat dapat terus beroperasi, termasuk mengurangkan gaji asas untuk majoriti pekerja selama tiga bulan – antara 25% ke 50%. Presiden Emirates juga akan mengambil potongan gaji asas 100% sepanjang tempoh tiga bulan ini.

https://twitter.com/emirates/status/1241720768997834752