Artikel

Rakyat Kini Boleh Berkongsikan Maklum Balas Mereka Pada Platform EAC

Menurut kenyataan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) – Kerajaan telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai berkongsi maklum balas bagi menstabil dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi atau Economic Action Council (EAC) melalui Borang Maklum Balas Ini.

Maklum balas yang dikemukakan akan diperinci untuk dijadikan input kepada mesyuarat EAC yang diadakan pada setiap minggu.

Platform khusus ini diwujudkan hasil daripada mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac 2020. Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara.

Klik: Borang Maklum Balas – Unit Perancang Ekonomi JPM