Artikel

Singapura Tutup Sempadan Mulai 24 Mac Bagi Pengunjung ‘Jangka-Pendek’

Singapura telah menutup semua pintu masuk negara itu bagi pelancong ‘jangka pendek’ mulai Ahad, 22 Mac.

Keputusan ini diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura setelah meneliti keadaan semasa berkenaan dengan COVID-19 yang semakin meruncing.

Penutupan sempadan ini akan bermula pada 11.59 pm Isnin (23 Mac).

Kumpulan yang dibenarkan masuk ke Singapura adalah seperti berikut:

  1. Pemegang permit pas bagi perkhidmatan asas (essential services)
  2. Pekerja bagi sektor kesihatan, dan pengangkutan

Bagi kumpulan ini, kelonggaran juga dibenarkan kepada ahli keluarga mereka untuk terus masuk ke Singapura seperti biasa.

Susulan keputusan ini, pelancong dan pengunjung yang menggunakan Singapura sebagai kawasan transit tidak boleh dilakukan buat masa ini.

Bagi sebuah negara yang memerlukan sektor pelancongan dan pengangkutan yang rancak, keputusan ini sudah pasti akan memberi impak negatif kepada ekonominya.

Namun demikian, ramai pihak sedar bahawa keputusan untuk menutup kesemua pintu masuk negara itu adalah keputusan yang wajar, dan memang seharusnya dilakukan, demi membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Hampir 80% kes baharu COVID-19 merupakan kes import.

Kebanyakannya adalah warga Singapura yang pulang dari luar, dan juga mereka yang memegang Pas Kerja Jangka Panjang yang telah pulang ke Singapura.

Sebelum ini, Jawatankuasa Malaysia-Singapura berkenaan dengan pekerja telah memutuskan bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai pas kerja masih boleh terus bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.