7-Eleven, salah satu kedai serbaneka 24 jam yang sangat popular dan mempunyai cawangan meluas di Malaysia, kini telah mengumumkan mereka akan mengehadkan waktu operasi harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut 7-Eleven, mereka akan mengehadkan waktu operasi dari 7 pagi sehingga 11 malam untuk tempoh ini -atau lebih awal mengikut saranan pihak berkuasa.
Selain 7-Eleven, pelbagai pihak turut telah mula mengehadkan waktu operasi masing-masing, termasuk Bank Negara yang turut telah mengehadkan tempoh operasi mesin ATM di seluruh negara untuk tempoh PKP ini.