Artikel

Bank Negara : Mesin ATM Akan Beroperasi Dari 7.00 Pagi Ke 10.00 Malam Sepanjang Tempoh PKP

Bank Negara Malaysia hari ini telah menerbitkan panduan dan soalan pertanyaan lazim dikalangan ramai rakyat tempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac 2020 kelak.

Melalui pertanyaan dan panduan yang dikeluarkan, salah satunya adalah berkaitan dengan mesin ATM.

Menurut Bank Negara Malaysia, sepanjang tempoh PKP ini, waktu operasi ATM adalah antara pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.

Tempoh waktu sama juga turut tertakluk untuk perkhidmatan terminal layan diri lain seperti mesin deposit tunai, cek, dan juga duit syiling.

Perkhidmatan lain seperti perbankan dalam talian dan juga perkhidmatan e-pembayaran akan beroperasi seperti biasa.