Bermula hari ini, Domino’s Pizza mengumumkan semua perkhidmatan penghantaran mereka menggunakan konsep Zero Contact.
Perkhidmatan tersebut akan dijalankan tanpa sebarang sentuhan.
Menurut Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia mengatakan konsep Zero Contact ini adalah demi kebaikan dan pekerja penghantaran mereka. Penjarakkan sosial adalah kaedah yang penting dan berkesan untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 ini.
Sekaligus, ini memberi cerminan akan komitmen Domino’s Pizza terhadap kesejahteraan pelanggan mereka.
Selain itu, antara inisiatif penting juga yang telah dilakukan ialah semua transaksi penghantaran Domino’s akan dijalankan melalui pembayaran tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan.
Untuk sebarang pesanan, para pembaca boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan layari laman mereka www.dominos.com.my.