Artikel

Ringgit susut nilai Dolar AS, meningkat Dolar Singapura

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.3947/4012 daripada 4.2750/2800 pada Jumaat minggu lepas.

Pada Khamis, ia mencecah paras 4.40 sebelum naik sedikit pada Jumaat dengan disokong harga minyak mentah yang lebih tinggi.

Berasaskan Jumaat minggu lepas berlawanan Jumaat minggu ini, mata wang tempatan kita telah meningkat berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura pada 3.0303/0369 daripada 3.0360/0406 minggu lepas, dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9811/9898 daripada 4.0228/0279.

Ringgit juga stabil berbanding euro kepada 4.7204/7303 daripada 4.7730/7790 minggu lepas.

Walaubagaimanapun, Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.1926/2042 daripada 5.3822/3902.