Artikel

Singapura Lapor Dua Kes Kematian Pertama COVID-19

COVID-19 telah meragut dua nyawa di Singapura.

Ini merupakan kes pertama, dan kes kedua, kematian kerana wabak ini di negera pulau itu.

Mangsa pertama adalah seorang wanita warga Singapura, manakala mangsa kedua adalah seorang lelaki warga Indonesia.

Kedua-dua mereka menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu (21 Mac), kata Kementerian Kesihatan Singapura.

Mangsa wanita itu adalah kes-90. Beliau terkait dengan kluster The Life Church dan mempunyai sejarah komplikasi jantung dan hipertensi.

Beliau tidak pergi ke mana-mana negara dan telah dimasukkan ke hospital pada 23 Feb.

Simptom pertama dikenalpasti pada 9 Feb. Beliau disaring positif COVID-19 pada hari yang sama.

Beliau telah berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) selama 26 hari.

Mangsa kedua adalah kes-212.

Beliau juga mempunyai sejarah komplikasi jantung. Beliau telah dimasukkan ke hospital di Indonesia kerana pneumonia.

Pada 13 Mac, beliau telah mendapat rawatan di Mount Elizabeth Hospital, dan dimasukkan ke wad ICU pada hari yang sama.

Beliau disaring pada hari yang sama (13 Mac) dan didapati positif COVID-19 pada keesokkan harinya.

beliau telah berada di ICU selama 9 hari.

Kes-212 adalah kontak kepada kes-289, seorang lelaki warga Singapura berumur 62 tahun.

Perdana Menteri Singpura Lee Hsien Loong menjelaskan bahawa sebanyak 131 kes telah pulih dan pulang ke rumah.

Jumlah kes di Singapura setakat ini kekal 385 kes.