Artikel

Kematian Ketiga COVID-19 Dilaporkan KKM, Dari Kluster Tabligh

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang.

Kes ke-152 ini merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Turut difahamkan, kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang tadi.

Laporan ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 di Malaysia setakat ini tiga (3) kes telah dicatatkan.