Artikel

Harga Minyak Turun Lagi : RON95 Kini RM1.44 Seliter, RON97 RM1.74 Seliter

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pihak kementerian telah menurunkan harga runcit produk petroleum bermula esok, 21 Mac 2020 sehingga 27 Mac 2020 ini.

Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen seliter iaitu RM1.44 seliter. Manakala harga RON97 turun sebanyak 36 sen seliter dengan RM1.74 seliter dan Diesel pula turun 12 sen seliter dengan RM1.75 sen.

Susulan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini telah dipengaruhi oleh ketidaksefahaman antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia. Di samping itu, penularan Covid-19 turut memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya
PKS dan golongan B40.