Artikel

DG Noor Hisham: 100 Ribu Topeng Disumbangkan Kepada Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham memaklumkan bahawa sejumlah 100,000 keping 3-ply mask  telah disumbangkan oleh kerajaan China. Sumbangan tersebut dikhabarkan akan tiba pada hari esok.

Sumbangan ini akan diberikan melalui Kementerian Luar Negara (KLN). Semua urusan akan dilakukan oleh pihak KLN di lapangan terbang.

Manakala, Pharmaniaga dibawah CSR pula telah bersetuju untuk menguruskan logistik dan penyimpanan topeng muka tersebut di gudang Pharmaniaga.

Agihan stok akan dibuat oleh CPRC KKM dgn pengurusan penghantaran oleh Pharmaniaga.